Adapun solat sunat Rawatib adalah solat sunat muakkad, iaitu solat yg sgt2 dituntut dlm Islam. Solat ini adalah solat yg dilakukan utk mengiringi solat fardhu, samada dilakukan sebelum atau selepasnya.
Berikut adalah solat2 Rawatib yang dianggap sunat muaakad oleh ulama' Fekah atas sbb Nabi SAW melakukan dan juga mengekalinya.
- 2 rakaat sebelum solat subuh. Nabi SAW bersabda, maksudnya, "tiada satu pun solat sunat yg lebih dijaga oleh baginda melainkan solat sunat 2 rakaat sebelum subuh".
- 2 rakaat sebelum solat zuhur
- 2 rakaat selepas solat asar
- 2 rakaat selepas maghrib
- 2 rakaat selepas isyak
Jumlah solat sunat rawatib yg sunat muakkad ialah 10 rakaat.
Adapun solat Rawatib yang tidak dianggap muakkad ialah:
- 2 rakaat sebelum zuhur (ertinya 2 rakaat adalah sunat muakkad, 2 lagi tidak muakkad)
- 2 rakaat selepas zuhur (ertinya 2 rakaat adalah sunat muakkad, 2 lagi tidak muakkad)
- 4 rakaat sebelum asar
- 2 rakaat sebelum maghrib
- 2 rakaat sebelum isyak
Dari Ibnu Umar RA, Nabi SAW bersabda, " Allah merahmati org yg solat sunat 4 rakaat sebelum solat asar".
Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi
"Rasulullah SAW bersabda," Sesiapa yg solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mgharamkan jasadnya dari api neraka." Hadith Riwayat At-tabrani
Disebabkan ganjaran pahal yg sgt besar ini, ulama' tasawuf mengkategorikan solat ini ke dalam kategori solat sunat muakkad. ini berkhilaf dgn ulama'2 fikah, yg mngatakan ini bukan solat sunat muakkad disebabkan Nabi SAW tidak mengekalinya (tidak beristiqamah mengerjakannya).
Sunat Rawatib Qabliyah yg dilakukan sebelum solat fardhu sebenarnya boleh dikerjakan selepas solat fardhu, asalkan waktu solat itu masih belum berakhir. contohnya, sekiranya seseorg itu tidak sempat bersolat sunat rawatib kerana sudah iqamah, maka dia boleh mngerjakan solat itu slpas solat fardhu dikerjakan. kerana waktu bagi solat sunat qabliyah tidak berakhir dgn selesainya solat fardhu dikerjakan. tetapi seafdalnya dikerjakan sebelum solat fardhu.
Tiada solat sunat selepas subuh dan juga asar. Juga dilarang solat sunat pada waktu matahari tegak dikepala (kecuali hari Jumaat) kerana ketika ini dikatakan matahari itu berada di antara tanduk2 syaitan.
Taqaballahu minna wa minkum.
0 comments:
Post a Comment