Sekarang adalah musim haji. jadi aku rase terpanggil nk cite pasal kaabah.
menurut ahli sejarah Islam, Kaabah pertama kali dibina oleh malaikat. Allah memerintahkan Kaabah dibina di tempat buih di mana Bumi ini dijadikan. di Makkah @ Bakkah. apa maksud "buih" tu wallahualam.
ada ulama' berpendapat Kaabah adalah bangunan pertama didirikan di Bumi. tp pndpt yg lbh mahsyur mngatakan Kaabah adalah bangunan pertama yg didirikan utk tujuan ibadat.
ada seorang sahabat nabi pernah bertnya nabi, apakah masjid yg prtama dibina di dunia?Nabi SAW bersabda, " Kaabah". kemudian sahabat bertanya lagi, slps itu ya Rasulullah? Nabi SAW bersabda, " Masjidil Aqsa". dan kemudian sahabat bertanya lagi, slps itu ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab, "slps kedua2 masjid ini, seluruh permukaan Bumi adalah masjid".
- Binaan pertama : Malaikat
- Binaan kedua : Nabi Adam
- Binaan ketiga : Nabi Syith
- Binaan kempat : Nabi Ibrahim
- Binaan kelima : kaum Amaliqah
- Binaan keenam : kaum Jurhum
- Binaan ketujuh : Qusai bin Kilab
- Binaan kelapan : Abdul Mutallib
- Binaan kesembilan : kaum Quraisy
- Binaan kesepuluh : Ibnu Zubair
- Binaan kesebelas : Hajjaj bin Yusof Al-Thaqafi
- Binaan kedua belas : Sultan Murad Khan
Tetapi yg terpenting dlm sejarah pembinaan Kaabah ini adalah kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim, Ibnu Zubair dan Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi. (yg lain hanyalah pembinaan2 kecil, bukan pembinaan secara menyeluruh).
Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah SWT untuk membina Kaabah ini dgn tujuan dijadikan tmpt ibadat. Allah sndiri mnjanjikan bhw Mekah dgn sbb Kaabah ini akan menjadi tarikan umum seluruh dunia, manusia akan dtg dari seluruh pelusuk dunia menaiki pelbagai jenis kenderaan. Maka Nabi Ibrahim dibntu oleh Nabi Ismail pn membina Kaabah ini, mggunakn batu dari 7 gunung.
Pada suatu ketika, Kaabah runtuh dilanda banjir. Org quraisy ketika itu mengutip derma utk mmbina Kaabah ini kembali. disebabkan kekurangan dana (duit yg digunakan untuk mmbina kembali Kaabah hnya dari duit yg halal, sdgkan walaupun org kafir Quraisy kaya raya, ttp hasilnya diperolehi dari jalan haram. sgt sedikit harta yg halal.), maka Kaabah yg dibina adalah berlainan sedikit saiznya dari Kaabah yg dibina oleh Nabi Ibrahm AS.
Ketika Abdullah bin Ibnu Zubair bertapak di Mekah, beliau trigt satu hadis nabi SAW yg mengatakan, sekiranya bukan kerana pada ketika itu umat Islam masih belum kukuh keimanannya, nescaya baginda akan meruntuhkan Kaabah tersebut dan membinanya kembali mengikut ukuran Kaabah yg dibina oleh Nabi Allah Ibrahim AS.
Maka Ibnu Zubair pn meruntuhkan Kaabah tersebut, dan membinanya kembali mengikut ukuran Nabi Ibrahim.
Tetapi slps itu, Hajjaj bin Yusuf Al-Thaqafi, panglima perang Yazid Bin Muawiyah menakluk Mekah. dilihatnya Kaabah adalah berlainan dari Kaabah yg pernah dilihatnya di zaman Nabi dahulu. disebabkan Hajjaj ini bukanlah alim ulama' dan bukan pula ahli hadis, maka dia pun meruntuhkan Kaabah dan membinanya ikut ukuran kaum Quraisy dahulu.
Ketika dtg zaman Khalifah Harun Al-Rasyid, baginda yg memang merupakan seorg yg alim pernah mmpelajari hadis spt yg pnh didengari oleh Ibnu Zubair dulu. maka baginda memerintahkan supaya Kaabah diruntuhkan dan dibina kembali dengan ukuran di zaman Nabi Ibrahim. tetapi Imam Malik menegah dengan mengatakan sekiranya Kaabah ini diruntuh kembali, maka di zaman akan datang, Kaabah ini akan sentiasa diruntuh dan dibina kembali berdasarkan ijtihad ulama' di zaman masing2. maka utk mngelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam, maka biarkanlah Kaabah sperti halnya skrg.
pembinaan Kaabah dari belah dalam
Kaabah di zaman awal Hijrah
Banjir di Mekah, sehingga tawaf terpaksa dilakukan dengan berenang
laluan saie ketika dahulu, siap ada kedai2 di kiri dan kanan
*gambar ihsan blogperibadirasul.com
0 comments:
Post a Comment