Nov 27, 2010

Terengganuku...

baru2 ni PM lancarkan MBE-Model Baru Ekonomi


Antara perkara yang akan ditekankan ialah; Greater KL and Klang Valley. ye, kerajaan bercadang untuk menjadikan Kuala Lumpur dan Lembah Klang lebih gah, lebih maju dari sebelum ini. mnjadi pusat perdagangan dunia, pusat sumber data dunia, bla bla bla..bagi businessman, this is a real opportunity.

Cume sebagai seorang anak Terengganu yg mmbesar di Kuala Terengganu, aku juga ingin melihat bandarku maju. semua orang, bila diajukan kenapa Terengganu xboleh maju, semua jawab, sebab tiada pelaburan. kenapa tiada pelaburan?pelabur2 takut nk melabur, sbb mentaliti rakyat Terengganu yg hnya membeli-belah di Mydin sahaja.

Source yg boleh dipercayai berkata, di bulan Ramadhan, Mydin Mall Kuala Terengganu mncatatkan jualan tunai sehingga RM1 juta sehari! jadi maknanya, kuasa beli rakyat Terengganu ni tinggi. jadi mane salahnya?

Aku bukan bermaksud mnjadi seorang perungut. aku just melahirkan isi hati. kenapa bandaraya Kuala Terengganu xubah hanya seperti bandai koboi sahaja? kita ada international airport, kita dh ade IPTA2, jadi di mana silapnya? fasiliti2 di Kuala Terengganu spatutnya dh mampu menyediakan pasaran sedia ada yang cukup luas.

tapi, percaya atau tidak, di 'bandaraya' sekecil ini, taraf hidupnya cukup tinggi. lunch? jangan harap dapat RM7 ke bawah. makanan laut cukup mahal, padahal negeri Terengganu kn di pesisir laut? msti ramai nelayan..kenapa harga ikan di KL lagi murah dari di Terengganu?

bandaraya kuala terengganu mmg tidak terancang. kalau nk g bank, msti pakai driver, sbb tmpat parking xde. bangunan tertinggi di Kuala Terengganu hanyalah Wisma Darul Iman. tu pun kompleks kerajaan..shopping mall?astaka jela. ade mall buat pun, dh brapa tahun xbukak2...antara alasan popular dan sangat bangang; xdok CF!

aku xmengharapkan Kuala Terengganu jadi spt KL. penuh bangunan2 tinggi. pernah aku bercakap dengan seorang pesara kerajaan, dia kate baguslah Kuala Terengganu xmmbangun sangat. kurang sikit masalah sosial...bohsia bohjan..hallo! tu sume zaman pakcik baru masuk keje dulu. skrg ni, masalah sosial Terengganu antara trtinggi di Malaysia tau?

Rempit di Kuala Terengganu adalah satu perkara biasa. Jumaat petang, pergilah kt Simpang Tokku tu...ratusan motor asyik merempit atas jalan raya..langgar lampu isyarat, potong line salah..bla bla bla...dicadangkan kepada pihak tentera, jumaat petang bwk kereta kebal ke jalan2 utama Kuala Terengganu, rempuh je diaorg tuh.

and kenapa diaorg merempit? tu pn perlu diperhalusi sebaiknya..mereka akan jadi pewaris kepimpinan negara...xkn one day kita nk parlimen kita dipenuhi dengan perempit2?kalo mereka dah insaf dan bertaubat xpela, tapi kalo mereka still merempit nk g parlimen tuh?

xpasal2 kite kene adakan pilihanraya kecil setiap bulan, nk gantikan mereka yg terkorban sbb merempit tuh..

*ok..aku dh mengantuk..nite


Ya Allah...peliharakanlah Terengganu.aminnn

0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian