Nov 13, 2010

Puasa di Hari Arafah



Hari selasa ni, 16 november 2010 bersamaan 9 zulhijjah adalah hari arafah. Keistimewaan Hari Arafah adalah :

  1. dikatakan hari yang terbaik bagi sepanjang tahun berdasarkan sabda Nabi SAW yg bermaksud: " Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya dari api neraka melainkan pada hari Arafah". (riwayat Imam Muslim).
  2. Allah memuji orang2 yang sedang wukuf di Arafah. dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda," Sesungguhnya Allah memuji orang2 yang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka dan berkata, Lihatlah kepada hamba2 Ku yg datang kepadaKU (diriwayatkan oleh Imam Ahmad).

Adalah disunatkan berpuasa pada hari tersebut (bagi yang tidak mengerjakan haji).

Dari Abu Qatadah menyatakan bahawa Nabi SAW ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Lalu Nabi SAW bersabda, " Puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa pada tahun lalu dan tahun akan datang". (Riwayat Imam Muslim).

Adapun Nabi SAW melarang umat Islam yang sedang mengerjakan haji dari berpuasa pada hari Arafah, kerana mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk beribadat di sana. malah adalah sunat bagi jemaah haji untuk tidak berpuasa pada hari tersebut. sekiranya mereka berpuasa juga, hukumnya tidaklah haram, tetapi adalah menyalahi perkara yang utama sebagaiman diriwayatkan oleh ummu al-Fadhl binti al-Harith:

" Ramai sahabat ragu2 tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah, lalu Baginda meminumnya". (hadith riwayat Imam Muslim).

credit untuk mereka ini : 1, 2 dan 3.


1 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian