Feb 14, 2011

Pengajaran dari Maulidul Rasul

12 Rabiulawal 1432 H. hari ulang tahun keputeraan Nabi Muhammad SAW. maulidul rasul.

Rasulullah SAW. namanya aku dengar sejak kecil lagi. dlm bilikku, berdozen2 buku sirah nabi tersusun rapi. semuanya telah aku khatam dari kulit ke kulit. tp still, aku rase sgt kerdil. brape byk sunnah nabi yg dh aku amalkan sbnrnye?

Semua tau, kt akhirat nnti, hanya Nabi Muhammad SAW yang boleh bagi syafaat, bantuan kepada umatnya. betapa utamanya kedudukan umat Nabi Muhammad SAW ni di sisi Allah, smpaikan Nabi Allah Musa pun pnh berkata, alangkah bahagianya sekiranya aku juga adalah umat Muhammad. bayangkan, seorang Nabi, malah berpangkat Ululazmi malahan mahu mnjadi umat Muhammad. kita ni yg mmg dh lahir sebagai umat Nabi Muhammad, sudahkah kita bersyukur?

Menjelang saat kewafatan Nabi SAW, ketika merasa peritnya maut, baginda malahan meminta supaya ditimpakan segala kepedihan maut itu padanya, agar kita umatnya tidak aan menderita keperitan sakaratul maut itu. malahan di saat hujung nafasnya juga, baginda masih memikirkan tentang kita, umatnya.

tetapi kita, apa yg telah kita buat utk nabi SAW?

Nabi SAW pernah bersabda,"tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah aku lebih dikasihinya, melebihi ibu bapanya dan seluruh orang yang lainnya". Riwayat oleh Bukhari.

Allah SWT juga berfirman dalam surah al-Taubah, ayat 9, yang bermaksud:

" katakanlah (wahai Muhammad), jika bapa2 kamu, dan anak2 kamu, dan saudara2 kamu, dan isteri2 kamu (atau suami2 kamu), dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah2 tmpat kamu tinggal yg kamu sukai, (jika semuanya itu) mnjadi perkara2 yg lbh engkau cintai daripada Allah dan Rasulnya dan (daripada) berjihad di jalanNya, maka tggulah sehingga Allah mndatangkan keputusanNya (azabNya), kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yg fasiq (derhaka)."

kata orang, tak kenal maka tak cinta. jadi untuk mencintai Rasulullah, tidak boleh tidak, kita wajiblah mempelajari tentang sirah dan sunnahnya.

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun Gajah, bersamaan 20 April 571 M di Lembah Bakkah, di rumah Abu Talib. sumber sini. Abdul Mutallib, datuk nabi berhajat utk mmberikan nama Qasam kpada baginda nabi, sempena nama anaknya yang meninggal ketika berumur 5 tahun dahulu. apabila hajatnya dikabarkan kepada bonda Nabi, Aminah, maka dgn lembut Aminah menolak. katanya sepanjang mengandungkan Nabi SAW, beliau selalu didatangi mimpi yang menyuruhnya menamakan bayi tersebut dengan nama Muhammad. mndgr kata beliau, maka Abdul Mutallib pn bersetuju.

di sini terdapat satu pengajaran. pemberian nama kepada seorang bayi adalah sgt2 penting. lihat saja, Nabi SAW dinamakan sendiri oleh Allah SWT. nama yg diberikan akan mnjadi faktor penting mempengaruhi keperibadian seseorang. aku pernah mendengar seorang ustaz berkata, sekiranya bapa bayi adalah seorang yg fasiq (termasuklah perokok, perempit dsb), maka jgn sesekali biarkan dia menamakan anaknya, kerana anaknya kelak akan mnjadi seperti dirinya sendiri. jika bapa adalah perokok, maka anak juga akan merokok dgn lebih tegar. wallahualam.

pada awalnya, Nabi SAW disusukan oleh Thuwaibah, iaitu hamba perempuan Abu Jahal. kemudian Aminah memutuskan untuk mnghantar Nabi SAW ke pedalaman untuk disusukan.

mengapa bonda Nabi SAW tidak susukan sndiri anaknya? bukankah ibu sendiri lebih baik menyusukan anaknya? di sini ada 3 faktor yg mendorong Aminah menyerahkan Nabi SAW utk disusukan oleh orang lain. yg pertama, faktor adat. sudah mnjadi adat bagi golongan bangsawan Quraisy Mekah utk mnghantar anak mereka untuk disusukan oleh kaum perempuan yg tggl di pedalaman. kedua, suhu di kota Mekah ketika itu sgt2 panas, maka Aminah bimbang, Nabi SAW akan dijangkiti penyakit. dan faktor terakhir ialah, persekitaran. kota mekah di ketika itu berada dalam kegelapan, dan penyakit sosial yg sgt parah. Aminah mahu anaknya dibesarkan di tempat yg masyarakatnya tidak bergelumang dengan maksiat.

di sini ada lagi pengajaran yg Allah berikan kpd kita. dalam mendidik anak, kita juga perlu menekankan pada 3 faktor ini; adat, cuaca/kesihatan, dan persekitaran. adat mestilah yg tidak bercanggah dengan syarak, sebagai contoh, dalam masyarakat Melayu dahulunya membedung anak mereka. dan dari pemerhatian, ternyata anak yg dibedung ini lbh mudah dikawal berbnding yg tidak dibedung. kesihatan anak juga perlu dititikberatkan. buatlah apa sahaja yg perlu utk memastikan mereka sntiasa sihat dan gembira. dan yg plg penting, persekitaran.

apabila mendengar hajat Aminah yg mahukan Nabi SAW disusukan di luar kota Mekah, maka Abdul Mutallib pn mendukung cucunya, dan menunggu di luar kota Mekah, ketibaan wanita2 dari pedalaman yg akan datang mncari anak susuan. tetapi tiada seorang pn yg ingin menyusukan Nabi SAW, apabila mengetahui bahawa Nabi SAW adalah anak yatim. semuanya mncari bayi orang kaya, dengan harapan mndpat upah yg banyak. dan ketika Abdul Mutallib sudah hampir putus asa, maka datanglah 2 orang mndekat padanya. 2 orang ini ialah Halimah binti Abu Zuaib As saadiah (Halimatus Saadiah) dan suaminya, Harith (ada hikayat mengatakan namanya Abu Kabsyah). mereka sebenarnya ditinggalkan oleh kaumnya, kerana mereka menunggang unta yang sudah tua dan lambat geraknya.

pada mulanya, ketika Halimatussaadiah mengetahui bahawa nabi SAW adalah anak yatim, maka beliau pun berpaling untuk pergi. tetapi suaminya menahan, dan memintanya supaya menyusui Nabi SAW kerana tiada lagi bayi lain yg boleh disusui. patuh dengan perintah suaminya, Halimah lalu mendukung Nabi. sebaik sahaja menatap wajah Nabi, maka Halimah diam terpaku, sehinggalah dikejutkan oleh suaminya. Halimah berkata, tidak pernah dia memandang wajah seseorang seperti Nabi SAW, sehingga berasa tidak puas dipandang. Suaminya juga berkata demikian.

dengan Nabi SAW dalam dukungannya, unta mereka tiba2 menjadi sangat pantas, sehingga mampu memintas kaum mereka yg meninggalkan mereka sebelum ini. di rumah, Halimah menjaga Nabi SAW dengan penuh kasih sayang, dan dia dan suaminya tidak pernah sekalipun mengeluarkan kata2 yang tidak baik.

ini diakui sendiri oleh Nabi SAW yg bersabda yg bermaksud, "sepanjang 5 tahun aku di rumah ibuku Halimah, tidak pernah sekalipun dia mahupun suaminya mengeluarkan kata2 yang tidak baik kepadaku mahupun anak2 nya yang lain".

di sini ada pengajaran terbesar dalam mendidik anak2. keadaan persekitaran sangatlah penting dalam mndidik anak2. kasih sayang perlulah diutamakan berbanding kemarahan. anak2 yg hidup dalam persekitaran yg dipenuhi kemarahan, akan membesar mnjadi seorang yang perengus dan pemberontak. lihat sahaja mat2 rempit kini, mereka sebenarnya memberontak, mungkin kerana di rumah mereka sentiasa dimarahi oleh ibubapa mereka.

lihat bagaimana Nabi dibesarkan dalam persekitaran yang penuh kasih sayang. benar, Nabi SAW sentiasa dipelihara oleh Allah, tetapi setiap yg Allah jadikan itu, adalah pengajaran bagi orang2 yg berakal.

jadi, marilah kita sama2 mengambil iktibar dari segala pengajaran yang Allah berikan melalui lahirnya Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW. semoga Maulid Nabi kali ini akan mencambahkan kasih sayang dan kerinduan yang amat sangat kepada Rasulullah SAW, kerana cinta kepada Rasulullah SAW, bererti cinta kepada Allah.

sabda Rasullullah SAW,

" di Akhirat kelak, kamu akan dibangkitkan (dihimpun) bersama-sama dengan orang yang kamu kasihi". Hadis Riwayat Bukhari

gambar dari sini

0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian