Assalamualaikum ahli rohok molek sekalian.
detik ini akhirnya tiba jua. acara tahunan yang menjadi platform kesinambungan silaturrahim dikalangan rohokian ini adalah acara yang paling berprestij sepanjang tahun, lebih tinggi martabatnya dari ABP mahupun Anugerah skrin. biarpun tanpa kelibat artis2 wanita yang seksi mengalahkan artis barat, tapi kita patut bangga kerana bersama kita juga ada kelibat artis2 lelaki hot dan macho, seperti Hazrin Adam AF, Amirul Jehan, Dizu Harahap, Fadhlan Bieber, Afiz Tomok (sekadar menyebut beberapa nama).apa tidaknya, bukan senang untuk menghimpun selebriti2 ini untuk acara BBQ seperti ini, yang dipenuhi dengan suasana muhibbah, sembang2 dan kutukan2 maut. Sindiran2 halus kepada tuan rumah Fadhlan, kutukan keras kepada Xerin, caci maki Koya Koy, sifat2 malu kucing Peja terhadap beberapa artis hot, demonstrasi perbualan dialek ganu asli Apih dan Pijoe, serta sifat tolong-menolong dan gurauan sopan para isteri adalah pelengkap dan pemangkin kepada semangat 1 Malaysia kita pada hari ini.
adapun saya terpaksa memohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat bersama kalian di acara yang sepenting Persidangan Agung UMNO ini. bukanlah saya menjadi perwakilan di persidangan itu, pemerhati juga bukan, cuma saya dibatasi ruang lingkup masa dan jarak yang tidak memungkinkan saya utk berada di sana pada waktu tersebut. apapun, saya yakin dan percaya, acara ini akan berjaya dengan gemilangnya, walau ikhlas di sudut hati, saya berasa bengang kerana acara ini sekali lagi akan berlangsung tanpa kehadiran saya.
Rohokian sekalian.
saya amat berharap aktiviti yang seumpama ini akan sentiasa diadakan dari masa ke masa. kendati itu, adalah menjadi tanggungjawab semua ahli yang masih bujang untuk mempercepat proses penamatan bujang, agar isteri mereka juga boleh bersama membuat air dan menggoreng keropok.
sekian, selamat bersidang.
Ingat daku dalam doamu.
Pejabat Presiden Rohok Molek,
2hb Disember 2011.
4 comments:
owoh sedihnye aku bace entrymu ini yo...nk buat mcm mane, keterbatasan itu sudah takdir..xpe2 nanti kite buat lg next year...huhu - tuan rumah
huhuhu....aku membuat perutusan khas ini dalam keadaan air mata yang berlinangan
..emosional dan berbau ilmiah..hehehe..mcm taun2 lepas, taun ni pn dgn isu makanan xhabis. tuan rumah excited sapa silap bajet =) next bbq hrp2 lebih meriah n terancang..thanks
sile rancang lebih teliti, terutamanya membabitkan masa.hehe
Post a Comment