Dec 11, 2011

PAT GPMS 2011

GPMS sedang 'menguasai' UIA

9-11 Disember 2011. aku kembali ke uia, atas nama perwakilan GPMS Negeri Terengganu. Persidangan Agung Tahunan (PAT) GPMS kali ni diadakan di uia. n aku really happy about that.

n i strongly believe, this is the last one b4 election.

y say so?

perasmian dilakukan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambri. Seminar pemikiran Najib Razak, panelnya Ezam Mohd Noor n Ibrahim Ali. boleh diagak, nama2 di atas ni sdg mncari laba politik.

ape yg barunya pasal GPMS kali ni? aku tgk kami smkin berani melawan arus. byk tuntutan dilihat against kerajaan persekutuan terutamanya dalam isu pendidikan, PPSMI dan PTPTN terutamanya. tapi aku xla berniat nk senaraikan semua tuntutan ni. ni blog aku, bukan blog rasmi GPMS.

n aku agak impress dgn smgt juang pencandu2 GPMS ni, terutamanya ahli2 Majlis Tertinggi. ade yg dh berbalut leher, bertongkat, shgga dilarang doktor untuk dtg ke uia ni, tp diaorg sanggup tahan kesakitan tu, atas nama sebuah perjuangan. tahniah!

Singa Terengganu

Singa Muda Terengganu

Singa-singa Ganu sedang menjamu selera. singa pn kene makan kn?

err...mknn singa

Dec 7, 2011

happy birthday, yoe!

4 Disember 2011. aku dh umur 27 tahun. ertinya aku dh idup lebih kurang 9855 hari. alhamdulillah Ya Allah. rasenye baru lagi aku sambut besday yg ke 26. opss...thn ni xdok kek. sbb ma kate tiap kali beli kek, xpenah abis. buat penuh peti je. jadi just kuar makan2 satu family.

in my life so far, aku dh jumpe ramai orang. kenalan, musuh. kawan baik dh jadi kurang baik, kenalan dah jadi kawan baik.

mase mule2 masuk sekolah menengah, aku xsabar nk abis spm. pastu mase kt matrik uia, aku xsabar nk abiskan 2 tahun kt situ, nk masuk uia main camp. bile dh sampai main camp, xsabar plk nk grad, xsabar nk keje. tp skrg bile dh keje, xdok plk perasaan xsabar nk mati. cukup takut ngn mati adala. bile dh dikira awal dewasa skrg, baru aku tau betapa rindunya ke zaman belajar. betapa rindunye ke budok2 SHAMS, ke budok2 UIA. walaupun sekarang still jumpe, tp dh xmacam dulu. masing2 ade komitmen. n sume merindui zaman2 lampau, zaman belajar terutamanya.

zaman belajar dulu, aku ni agak suke main2. walaupun aku ni suke mmbaca, tp bile dikelilingi membe2 yg best, perasaan ingin bersosial tu jd lbh utama. tiap2 mlm lepak2, main game, sembang2 smpai pagi, belajar main gitar (smpai skrg xpndai2, ampunkan aku zaiyad. aku mmg xberbakat). di uia aku sgt ramai kawan, dari sume negeri ada. skrg ni rasenya xdok masalah nk jln2 ke mana2 negeri di Malaysia ni. membe2ku ade di setiap pelusuk, n aku yakin mereka akan mmbantu.

Syukur Alhamdulillah ya Allah, kerana memanjangkan umurku, dan dikurniakan aku keluarga yang terbaik, dan sahabat2 yg memahami.


ketika berumur 2 tahun

ketika berumur 26 tahun.

same x muke aku, dulu dan skrg?hehe

opss...thanx to all yg wish for my birthday. sgt terharu. lbh2 lagi ramai yg wish through hp. kol pn ramai.

thanx all.

Dec 3, 2011

Hari Asyura

sumber: sini


Ibn Abbas (r.a) menceritakan; "Apabila Rasulullah S.A.W datang ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka (orang Yahudi) menjawab: "Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa". Lalu baginda (Nabi Muhammad) bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Baginda (Nabi Muhammad) pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa."

(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)




Aisyah (r.a) berkata; "Rasulullah S.A.W mengarahkan supaya berpuasa pada Hari Asyura. Apabila puasa bulan Ramadan difardhukan (diwajibkan), siapa yang hendak berpuasa (pada Hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)."

(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Dari Aisyah (r.a) katanya; "Orang Quraisy di zaman jahilliyah berpuasa pada Hari Asyura dan Rasulullah S.A.W juga berpuasa pada Hari Asyura. Apabila baginda datang ke Madinah, baginda berpuasa pada hari itu dan meyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa pada Hari Asyura lalu baginda bersabda: "Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Hari Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya."

(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Berikut seperti diatas adalah hadis sahih mengenai kebolehan mengerjakan atau meninggalkan puasa sunat Hari Asyura. Ibn Hajar Al-asqalani dan Imam Muslim ketika menghuraikan hadis tentang puasa Asyura ini menyatakan ia merupakan sejenis ibadah sunat yang amat dituntut dan digalakkan untuk dikerjakan oleh umat Islam.

Adapun di internet telah tersebar luas hadis kononnya berpuasa pada hari Asyura menyamai pahala 80 tahun beribadat. adapun hadis itu tiada sumbernya.


Apapun, kita kn ibadat kerana Allah. berapa pahala Allah nk bg, terpulang padaNya. yg kita tau, Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Jadi, mari kita sama2 puasa esok, Selasa 6 Disember 2011


***Sumber: wikipedia

Dec 1, 2011

Perutusan khas dari meja presiden


Assalamualaikum ahli rohok molek sekalian.

detik ini akhirnya tiba jua. acara tahunan yang menjadi platform kesinambungan silaturrahim dikalangan rohokian ini adalah acara yang paling berprestij sepanjang tahun, lebih tinggi martabatnya dari ABP mahupun Anugerah skrin. biarpun tanpa kelibat artis2 wanita yang seksi mengalahkan artis barat, tapi kita patut bangga kerana bersama kita juga ada kelibat artis2 lelaki hot dan macho, seperti Hazrin Adam AF, Amirul Jehan, Dizu Harahap, Fadhlan Bieber, Afiz Tomok (sekadar menyebut beberapa nama).apa tidaknya, bukan senang untuk menghimpun selebriti2 ini untuk acara BBQ seperti ini, yang dipenuhi dengan suasana muhibbah, sembang2 dan kutukan2 maut. Sindiran2 halus kepada tuan rumah Fadhlan, kutukan keras kepada Xerin, caci maki Koya Koy, sifat2 malu kucing Peja terhadap beberapa artis hot, demonstrasi perbualan dialek ganu asli Apih dan Pijoe, serta sifat tolong-menolong dan gurauan sopan para isteri adalah pelengkap dan pemangkin kepada semangat 1 Malaysia kita pada hari ini.

adapun saya terpaksa memohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat bersama kalian di acara yang sepenting Persidangan Agung UMNO ini. bukanlah saya menjadi perwakilan di persidangan itu, pemerhati juga bukan, cuma saya dibatasi ruang lingkup masa dan jarak yang tidak memungkinkan saya utk berada di sana pada waktu tersebut. apapun, saya yakin dan percaya, acara ini akan berjaya dengan gemilangnya, walau ikhlas di sudut hati, saya berasa bengang kerana acara ini sekali lagi akan berlangsung tanpa kehadiran saya.

Rohokian sekalian.

saya amat berharap aktiviti yang seumpama ini akan sentiasa diadakan dari masa ke masa. kendati itu, adalah menjadi tanggungjawab semua ahli yang masih bujang untuk mempercepat proses penamatan bujang, agar isteri mereka juga boleh bersama membuat air dan menggoreng keropok.

sekian, selamat bersidang.

Ingat daku dalam doamu.


Pejabat Presiden Rohok Molek,
2hb Disember 2011.


Gadis dalam kenangan

wah..tajuk cm power je. actually ini adalah kisah benar. berlaku pada aku. agak touching (pada akula). dh bleh masuk strong heart ni. hehehe

kisah ni berlaku dalam tahun 2006 kalau x silap. mase tu aku ade seorang adik angkat pompuan. hehehe.. die actually junior aku. junior 3 tahun rsenye.

aku kenal die mase ikut mmbe2 aku g beraya umah die. family die sgt2 friendly. n aku berasa sangat senang berkenalan dengan family die. die ni ade seorang kakak. masa tu, kakak die xbyk ckp. byk senyum je. since rumah die lawa n besar (mcm resort), aku mtk izin dgn ayah die nk tgk2 umah tu. nk jalan2 dlm taman die. ayah die bg, n mtk die ngn kakak die temankan aku. n masa pusing2 tu, kami borak2 la jgk.

then, aku balik uia. n aku xpnh contact kakak die tu lg. dgn adik die ni besela. tibe2 one day, kakak die kol aku. n die ajak mkn malam ngn family die mlm tu. mase tu dieorang satu family ade kt kl. aku trkejut gakla, sbb aku xbese dgn kakak die ni. tp kebetulan esok tu aku ade final exam. jadi trpaksala aku tolak. mase aku bgtau kat die, die mcm agak kecewa. sampai aku trpaksa jnji, aku abis exam nnti aku balik ganu, aku akan ajk die n family dinner kt trg. baru die mcm happy sket.

2 3 ari lps tu, adik die kol aku. agak lwt dh mase tu. n tgh nangis2. aku mcm panik la jgk. sbb die kol, smpai xleh nk ckp ngn aku. nangis je. 5 minit pastu, die dh tenang sket. baru die bagitau aku.......



"Abg yoe, kakak dh xde. die baru meninggal tadi....."


what? aku blank

terdiam aku. terperanjat, sedih. semua ada.

n aku trs balik ganu esoknye tu, lawat keluarga die.

family die mmg tgh bersedih. rupe2nye family die tau yg die kol ajak aku makan malam tu. diorg pn pelik jgk, sbb rasenye aku xbrapa rapat ngn die sblm ni. xpnh ckp pn, since lps raya 7 8 bulan sblm tu. ayah die kate, mse aku tolak permintaan die tu, die nmpk sedih.

bergenang jgk airmata aku. aku xmmpu tunaikan permintaan terakhir dia. walaupun kami xsmpat untuk berkenalan dgn lbh rapat, aku rasa sgt istimewa bercampur sedih. istimewa sbb aku rasa Tuhan pilih aku, untuk sedarkan aku bahawa kematian tu boleh dtg bila2 masa sahaja. Sedih sbb aku dh hampakan harapan terakhir seorang insan.

Harapan terakhir.

ape2 pun, aku doakan semoga die tenang disana.

Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia. tempatkanlah dia di tempat sebaiknya disisiMu.

Al-Fatihah

*kau akan sentiasa berada dalam kenanganku.

ehsan sini

gambar tiada kene mengena dgn entry

Ads

Shamsian