pada november 2009, aku telah bertanding dan menang alhamdulillah untuk menjadi ahli jawatankuasa negeri bagi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri Terengganu..dan juga telah dilantik mengetuai portfolio kajian khas belia bermasalah dan portfolio pembangunan sukan utk tempoh 3 thn.
ni first time aku pegang jawatan peringkat negeri. teruja konfimla. tp bimbang pn ade. sbg antara NGO yang dominan di Trg, GPMS perlu lebih memainkan peranan yang aktif dalam memperkasakan pendidikan di Terengganu ni. tambahan pula, GPMS kali ini diterajui oleh semua muka-muka baru kerana kami telah tertakluk di bawah ROY atau Akta Belia, di mana sume jawatan dalam pertubuhan belia mestilah dipegang oleh belia berumur 40 thn ke bawah. atas sbb itulah, kepimpinan lama seperti pengerusi (YB Dato' Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri) dan setiausaha (YM Syed Anuar) terpaksa berundur dan menyerahkan kepimpinan kepada kami.
aku bersetuju menganggotai kepimpinan kali ini atas beberapa sebab. antaranya dasar GPMSNT kali ini ialah kami menolak politik kepartian, ertinya kami tidak akan menyokong mana-mana parti politik, sebaliknya memainkan peranan check and balance kepada kerajaan yang memerintah. tambahan pula kali ini kami lebih fokus, kami dipecahkan kepada beberapa portfolio kecil yang merangkupi pelbagai aspek pendidikan, sosio-ekonomi dan rekreasi yang menjadi teras kepada hala tuju GPMSNT ketika ini.
sekarang, aku dalam proses membina kumpulan yang mantap..kerana aku sangat percaya kepada keberkesanan kerja berkumpulan. lagipun GPMS ini adalah NGO, di mana kami berkhidmat secara sukarela..tiada imbuhan kewangan dapat diberikan. maka dengan berkumpulan, kami dapat meringankan beban kerja masing-masing.
kenapa aku join GPMS?
ok...pertamanya adalah kerana aku berasa kehidupanku di terengganu sangat bosan..jadi kenela mencari sesuatu yang boleh menyibukkan aku..tambhan pula aku sangat suka dengan aktiviti2 sosial seperti ini.
yang keduanya adalah aku berasa terpanggil untuk membela dan memartabatkan bangsa melayu di terengganu ini. dulu, aku selalu berbincang dan berborak di kedai2 kopi; sentiasa membahaskan tentang masalah sosial remaja yang sangat membimbangkan. nah, sekarang Allah memberi aku peluang untuk berjuang di arena yang sebenarnya. GPMS menyediakan platform perjuangan yang baik utk aku bermula.
ketiga, aku ingin berbakti kepada masyarakat. aku sangat mengambil berat akan masalah remaja ini. mengapa mereka jadi liar? kurang didikan agamakah? kekangan kewangankah? dan bagaimana mengatasi? orang kata, bukan tugas mereka untuk ambil tahu perkara begini. serahkan pada kerajaan. tapi padaku, perlu ada seseorang yang bangkit membela dan menyelamatkan belia-belia Melayu-Islam ini.. aku berdoa Allah menciptakan aku sebagai pembela, sebagaimana Allah ciptakan Salahuddin Al-Ayubi untuk menyelamatkan umat Islam di Jerusalem.
berat?mestilah..aku tidaklah berharap dapat mengubah hidup remaja di terengganu ini sepenuhnya..dapat berubah 1 % pun sudah cukup baik sebagai permulaan. namun, kota Rome tidak terbina dalam satu hari..oleh yang demikian, dengan sokongan semua, aku harap mampu terus berjuang untuk masyarakat, kerana ini juga satu perjuangan (jihad) ke jalan Allah. kita sekarang dijajah dlm bentuk pemikiran, maka kita perlu bangkit dan berjuang untuk merdeka. dengan sokongan semua, aku harap kita akan mampu mencapai matlamat dan akan terus berjuang sehingga Allah memanggil kita pulang.
"Belajar Terus Belajar"
5 comments:
Congrats my cousin....!!~
tq2
salam bro...
harap gpms dpt jd platform yg mantap utk mmbntu remaja di terengganu smentelahan parti2 politik masg2 cume nk jaga kpntgn sndiri shja. X ada usaha utk mmrtabatkan remaja di malaysia. PAS gadoh dgn UMNO, UMNO derih gaduh dgn UMNO matsaid. bodo sungguh la org tganu ni... hok ni bodo, hok ni kapir, hok ni nak derih,natang... akhirnya mydin jugok makin besor...
sebab tulah GPMS dharap tidak mnganjurkan progrm2 yg syok sndiri shja. bertournament futsal, badmnton mahupun basikal mmg bagus, tapi natijahnya ke mana? harap prancangan GPMS berjangka masa pnjg. bukn utk suke2 shaja. kalau boleh biarlah matlamatnya hingga Juara Olimpik. Caranya bagaimana? mungkin adakan kerjasama dgn MBM atau MOM. Biarlah ada MoU antara bdn2 besar dgn GPMSNT. barulah dilihat serius dan x main2.
Permasalahan remaja...
kenapa?
1) agama? hurmm...sush nk ulas sbb ramai je yg tahu agama. ustaz2 pun berlmbk di k trg ni. mana pegi diorg semua? mungkn GPMS kene korek ustaz2 ni kot...
2) ekonomi? mungkn juga...knapa ramai mat2 rempit di trg? sebab diorg byk sgt masa lpg, jadi mrempit ni dpt bazirkan masa lpg dsmpg
ada awek2 cun n duit habuan....so, jom kite tukar passion budak2 ni dgn menjana ekonomi diorg... biar la budak2 ni ada kemahuan utk bekerja keras utk kluarga...diorg maybe x terpk yg berjam2 diorg merempit tu boleh janakan beribu2 ringgit. so, dharap GPMS ada kertas kerja & matlamat 5 tahun.. mungkn target mlahirkan 50 usahawan bumiputera terengganu setahun tak mustahil..industri kecil n sderhana mmg pyumbg terbesar utk ekonomi ngara... aku cabar GPMS buat kertas kerja ni... boleh?
3) merempit lagi... mslhnya mungkin sbb isu ni dbesar2kan so aku pon besar2kan la. tapi, dilihat sejarah, Mr. Honda dulu adalah kaki rempit juga. Mr. Ferrari pon sama(tapi rempit kereta) Tapi diorg twist minat diorg jd bnda bermanfaat. sbnrnya, industri permotorn ada hrpn di malysia. Cume kene ada kerjasama antara rmai org la. kalau nk rmpit, grms kene la adakan race rempit yg real n kjohanan bertrf internasional. kalo xpon, korg cube dkati mat2 rempit, tgok potensi yg ada pada diorg. xla diorg snang2 mati sia2 je atas jln. make sure matlamatnya smpai kite boleh ada anak negeri racing kat italy n maybe produce motor kite sndiri.
4) pendidikan? korg kene pndai dlm hal ni & tak main2. korg pon kene la slalu g dkat area pndlmn. ramai anak2 pdlmn yg hebat2 tapi xde pluang. Kene buat biro khas utk hal ehwal anak2 pdlmn je kalo korg btol2 serius. buat link dgn jbtn2 kjaan & sponsor2 pnddkan especially yayasan trganu. korg tau tak byk je seat utk pljr2 tganu g oversea stiap thun? keje korg snang je. Buat link la dgn funder2 nih. pastuh
carik la anak2 yg berpotensi ni utk ke mana2. diorg buknnya xnak, tp diorg x tahu. so, korg kene la tolong anak2 d pdalamn nih...
tapi bnde2 aku ckp ni bajet besar. kalo gpmsnt hanya harapkan bajet ciput drpd kjaan negeri/ federal mmg x cukup. GPMSNT kene bijak cipta pluang dan ruang. so, korg kene pandai la kan?
slmt berkhidmat!
~an old folk
aku xtau knapa..tapi aku suke blog kat bwh
ni....
http://mayc-pkbm.blogspot.com/2010/02/jadilah-manusia-bertanggung-jawab.html
kalo nak jadi pmimpin, kene la byk mmbaca kan?
~ an old folk
an old folk.
terima kasih atas komen dan idea. insya Allah kami akan cube sedaya upaya utk membantu belia2 di terengganu ini. kami sebagai saf kepimpinan baru, tidak dinafikan memerlukan masa untuk meraih sokongan kerajaan terutamanya. insya Allah segala idea saudara/i akan saya usahakan dan cuba realisasikan sebaik mungkin.
saya mengalukan sebarang komen dan idea pada masa2 akan datang. terima kasih
Post a Comment