Mar 29, 2010

GPMS; Singa Perjuangan Bangsa!

Sinar Harian selasa 23 mac 2010.


ahad 21 mac 2010. majlis perjumpaan pimpinan GPMS negeri beserta kepimpinan UDM dan UMT dengan saudara Presiden GPMS Malaysia, Jais Abdul Karim. Juga diadakan majlis ikrar

Kami pelajar melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948:

SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekelian pelajar-pelajar Melayu Semenanjung Tanah Melayu.
SEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuan.
SEDAR atas kewajipan kami untuk meningkatkan darjat pengetahuan bangsa.
SEDAR bahawa maju-mundur kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa itu di tangan kami.


BERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG WAJIBLAH didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar melayu dari segenap lapisan.

Aku melafazkan ikrar ini sepenuh hati. ya, aku juga ingin menjadi singa perjuangan bangsa. singa yang akan melindungi kaum keluarganya dari ancaman musuh, mempertahankan hak dan kedaulatan sehingga ke titisan darah terakhir. aku berdoa agar diperkuatkan jiwaku agar menjadi pejuang agama, bangsa dan negara yang sejati.

Tidak dinafikan, usiaku bersama GPMS sangatlah muda. masih banyak yang perlu aku pelajari. pelbagai isu yang perlu aku tangani, tanggungjawab besar yang tersandang di pundakku terkadang rasa membebankan. ada yang berkata padaku, apalah sangat tanggungjawab yang aku sandang di GPMS itu? aku bukanlah dibayar. buang masa sahaja, segala yang dilakukan hanyalah aktiviti2 'syok sendiri'. GPMS, hanyalah NGO yang sedang menanti masa untuk karam. Ada yang tanya, apa itu GPMS? kalau nk berjuang sangat, masuklah politik.

Di sini ingin aku jawab kepada semua. benar jawatanku di GPMS tiada apa2 pun. ada atau pun tidak aku ini, masyarakat tidak akan terjejas. benar! tetapi sekali lagi aku tegaskan, sekecil mana pun tanggungjawab itu, ini adalah amanah dari Allah. aku perlu buat kerja aku, outputnya aku berserah pada Allah.

Masuk politik. ok, aku menimbang2 kemungkinan itu. parti yang dominan di kalangan Melayu kini ialah PAS dan UMNO. mana satu pilihan kalbu? kedua2nya masih samar perjuangannya. UMNO memperjuangkan Melayu, terbelakah Melayu selama ini? sehingga ada suara sinis mengatakan, di mana Melayu lemah, di situ UMNO megah. PAS? ape kejayaannya? aku sebagai Muslim sudah pasti menyokong untuk memartabatkan Islam. tetapi berjayakah PAS dlm perjuangannya? lihat Terengganu bawah pemerintahan PAS sekitar tahun 99-2004. sebagai orang yang dekat dengan kerajaan, dan kedua2 parti, kita terima bahawa PAS gagal dalam pemerintahannya. jika tidak, takkan rakyat Terengganu bersatu menumbangkannya dlm pilihanraya 2004?
United Malays National Organization

Parti Islam Semalaysia

Jadi buat ketika ini, biarlah aku di GPMS terlebih dahulu. aku cukup selesa dengan kepimpinan baru yang non-partisan. biarlah kami terus memainkan peranan check and balance. biarkan kami terus mengaum mempertahankan hak-hak kami dari ditindas oleh orang-orang yang menjual maruah bangsanya sendiri kepada bangsa asing semata2 mahu menang pilihanraya. biarkan kami terus menyinsing lengan melaungkan dan membela hak-hak kami dari diabaikan oleh orang-orang yang mementingkan perut sendiri semata-mata. biarkan kami terus begini, bebas dari cengkaman pihak2 yang berkepentingan. walau disekat, biar dihalang, kami akan terus mempertahankan hak-hak Melayu di bumi Malaysia yang tercinta ini. jika patah sayap bertongkat paruh, jika ku mahu terbang, akan ku terbang jua!

Belajar terus belajar

0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian