Sep 24, 2012

Selamat jalan sahabat

dasyat x title entry aku kali ni? sbnrnye perkara yang terjadi dokla sedasyat tu. kejadian ni biasa je, berlaku tiap2 ari, pada setiap org. cume ni spesel skek sbb die ni sahabat aku dari smka sheikh abdul malek. sama2 Gunners, sama2 masuk UIA, sama2 Rohok Molek, aku la tmpt die luah kalo ade masalah nk tekel awek (dan via versa), aku la jgk pengapit die masa die kawen (skrg kemungkinan besar die xkn hadir masa aku kawen).

yup. Muhammad Hasnul Hadi Jaafar @ ceno. akan menyambung pelajarannya ke Nagoya (bukan Nagoya Textile), Jepun bersama2 isteri tercinta Lenya.  lame jgk, dlm 3 tahun setengah. xdok dhla org nk kol aku mlm2. hahaha . skrg ni rasenya mereka dah slmt mndarat di Jepun, mgkn tgh dlm train menuju ke Nagoya. mgkn jgk tgh tgk dictionary nk tnye direction. 

apepun Ceno n Lenya, selamat berjaya. aku tahu mung 2 orang tau ape yg mung buat. walaupun org kate duk Jepun pyh la, mung akan struggle la sbb xdok persiapan, mung mmg cari nahas la, PHD is not something that u can take lightly and magically pass la, bla bla bla, tp aku yakin mung 2 orang akan berjaya. so ceno n lenya, slmt berjaya skali lagi n jaga diri baik2. cari tmpt menginap murah2 skek untuk lawatan aku kekg insya Allah. hehehe. 



harapan Rohokian, g dgn Lenya, balikpun dgn Lenya. (kalo ade baby dialu2kan).

Sep 23, 2012

Pertahankanlah Rasullullah

sekarang ni isu ni cukup hangat. Rasulullah SAW dihina lagi. kali ni lbh dasyat, terang2an. siap ade mention nama Nabi, Khadijah, sahabat2...aku tgk trailer die kt Youtube pun xmampu tgk sampai abis. tu pun trpaksa tgk, at least aku tau ape yg orang marahkan sgt. dan terbukti, kemarahan umat Islam itu berasas.

ada kawan aku tnye, kenapalah orang2 kafir laknatullah ni sibuk sgt nk hina nabi kita, agama kita. sedangkan kita xbuat ape pun kt die? jawapan aku, mayb diaorang dh tau kebenaran Islam ni, kebenaran Nabi Muhammad SAW. tp diaorang ego dan xmboh terima. ni semua masalah orang yang hati dh rosak hancur lebur. diaorang just provoke kita untuk tgk kite bangun menentang dan buat kekacauan, jadi trcapailah propaganda diaorang yang mencanangkan Islam ni adalah agama keganasan.

jadi sebagai umat Islam, apa tindakan kita yang sewajarnya? demonstrasi? pada aku tu juga adalah medium yang baik untuk tunjukkan bantahan kita. tp kite berdemonstrasi secara aman. Nabi dulu masa berdakwah di Taif, siap kene baling dgn batu lg. sampai malaikat yg tgk pun jadi marah dan offer untuk terbalikkan bumi Taif tu. tpi ape Nabi kita kata? Nabi kate biarkanlah. diaoang masih belum dapat hidayah. tgk, betapa indahnya akhlak Nabi kita yg perlu kita ikut. jadi dalam konteks bantahan kita pada penghinaan Nabi ni, kita juga  perlu mempamerkan keindahan akhlak kita. kita berdemonstrasi dengan aman, tapi tegas. (ayat aku dh jadi macam pelik dh ni. tpi semua fahamla kn).

jangan sesekali kita jatuh dalam perangkap kafir laknatullah yg nk tgk kita cetuskan huru-hara ni. diaorang just nk halalkan pembunuhan saudara2 kita di Palestin, di Rohingya. sbb bile kite start berbunuhan, maka kita sama jela dengan mereka.

cuma yang paling penting, jadikan penghinaan ni sebagai teladan untuk kita bangkit beramai2 untuk perbaiki akhlak kita, perbaiki kesatuan jemaah kita, jadikan ni satu wake-up call untuk kita umat Islam. selama ni kita dh hanyut dengan dunia, sampai Nabi SAW kita boleh dihina sebegitu rupa. sbb ape? Kafir laknatullah tu tahu, umat Islam dok bersatupadu. kita tiada kekuatan untuk lawan mereka. so jom, ramai2 kita pakat penuhkan masjid untuk solat2 berjemaah, sama2 baiki kelemahan kita, dan jadikan perjuangan kita mempertahankan Islam dan Nabi kita Muhammad SAW sebagai prioirty dalam kehidupan kita insya Allah.


Takbir!!

Sep 21, 2012

Raya 2012

mayb aku agak terlambat dh nk post pasal raya ni. besenya raya ke 2 tu ade dh aku buat entry pasal kisah kami pegi beraya..

Raya pertama, buat kali pertama kali dalam sejaarah, kami xambil gambar family. kebanyakan xsmpt berkumpul kt rumah aku pada masa yg sama, so xdokla gmbo raya.

Raya seterusnya pn bese2 je, smpaila raya ke 4. rumah aku buat openhouse. n skali dgn tie punye engagement. so dis is the piccas


di kala orang beraya, kami sibuk berjuang
Raya pertama

err...ok. tu je gambar raya pertama.

bawah ni semua gmbr pertunangan tie

sape2 nk beli kete blm PM saya

























kek tie

hok ni lame dh bertunang ni




Sekian, terima kasih



Aug 4, 2012

Sahur

sekarang ni kan bulan ramadhan..so aku nk kongsi sikit la pengetahuan aku pasal sahur ni.

ape maksud sahur ni?sahur sbnrnya adalah masa sebelum masuknya solat subuh..sahabat2 Nabi kate sekira2 sempat bace 50 ayat Al-Quran. kire dokla pnjg mane masenye ni..dlm 15 minit gitu je..

kenapa kita disuruh sangat bgn bersahur ni?

Nabi SAW bersabda

"Bersahurlah, kerana sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatan"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan pada masa sahur inilah, Allah turun ke langit dunia dan mengabulkan permintaan orang2 yang memohon kepadaNya. jadi boleh dikatakan dalam masa 24 jam sehari yang Allah berikan tu, masa sahur adalah masa yang paling mahal, yang paling berharga. sebab itu Nabi SAW suruh sgt kita bangun tido dan bersahur, walaupun sekadar meneguk air dan makan kurma.

Selain keberkatan, bersahur ini menanamkan semangat jihad dalam jiwa kita. bukan senang untuk kita bangun dari tido semata-mata untuk makan. sebab masa sahur ni, bukanla kita lapar sangat pun. tp bila kita bangun sahur, itu bererti kita sudah bersedia untuk berpuasa. kita sudah melawan hawa nafsu yang suruh kita teruskan tido tu dengan bangun bersahur.

cuma ape yang berlaku, kebanyakan kita bangun bersahur semata2 untuk makan. jarang sangat yang berdoa pohon keampunan masa bersahur ni. kalo ade pun doa, baca doa makan (termasukla aku).

semoga perkongsian ilmu aku yg sedikit ini akan memberi ganjaran yang besar pada aku di Akhirat kelak. insya Allah..

Selamat bersahur!

gambar ihsan dari sini

Jul 24, 2012

Ramadhan

Alhamdulillah...ramadhan dtg lg..buat kali ke 28 aku masih lg diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dgn ramadhan ni.

Dari Abu Hurairah R.A, katanya Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)" 

sesungguhnya sebagai umat Islam, mmg kita ternanti2kan ramadhan. tp sbb kite menunggu2 kehadiran ramadhan ni berbeza mengikut usia dan persekitaran.

dlu masa aku kecik, aku tggu ramadhan ni, sbb nk raya.
masa zaman sekolah rendah dulu, tggu raya, sbb nk duit raya la...
bila masuk sekolah menengah dan universiti, minat pn berubah. aku tggu sgt musim raya sbb masa tu la bleh g jln rumah2 awek, kawan2, berkumpul semua family..mmg enjoy gile.

cuma bila smkin dewasa ni, mcm sesuatu dh smkn ilang dari jiwa aku ni. aku dh x teruja nk tggu raya lg dh. raya ke x raya ke, sama je aku rasa. aku dh dok teruja lagi dh tggu raya. masa raya pn, xtau dh nk g mana. kebanyakan kawan2 rapat semua dh berumah tangga. jadi aku mmg terperuk kat rumah, xpn jadi driver ma.

cuma ada baiknya. sbb skrg mmg aku tggu je ramadhan ni smpai. sbb masa ni, kerja aku xbanyak. boleh rehat sket. n satu lg, bulan pose ni bagi aku ketenangan yg susah aku nk gambarkan...

cuma yg menjadi masalah aku ialah, bila dh bulan pose ni, maknenya dkt dh la nk raya. bila raya, maka ramailah sanak saudara maghi dumoh. so bile ramai yg maghi dumoh tu, letih la aku nk jawab soalan popular ni

"dh yoe ni, bile pulok nk kawin ni?"

"xdok calon lagi ke? nk suruh cari ke?"

dan sesungguhnya, aku xtau dh nk jawab mcmana

ok. gambo ni mmg xdok kene mengena nge salam ramadhan

SALAM RAMADHAN SEMUA!!



Ads

Shamsian