marah...yes...aku semamangnya seorang pemarah.aku akui kelemahan aku, dan insya Allah, perlahan-lahan aku akan cuba baiki. insya Allah.
aku sebenarnya seorang yg agak open-minded, cume aku sgt pntang kpada kurang ajar. pernah aku bertikam lidah dengan seorang inspektor kanan polis, kerana dia bercakap kurang ajar dengan aku.huhu.juga aku seorang yang agak trauma. semua perkara senang lekat di kepalaku. jadi jika ada orang buat salah padaku, betapa sukar aku maafkan dan lupakannya. oh lemahnya aku!
tapi aku tahu, marah ini tidak baik. Sabda nabi SAW," sekuat-kuat lelaki ialah orang yang menahan marahnya". dan aku ingin menjadi lelaki yang kuat. dalam Quran juga ada, " dan orang-orang yang yang menahan marahnya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain, dan yang berbuat baik kepada orang lain". aku ingin menjadi orang yang baik.
tetapi aku sedar, aku cukup banyak kelemahan. marahku yang terutamanya. aku tidak boleh dilayan lebih kurang, konfirm aku akan mengamuk.egokah aku? aku marah apabila aku rasa diriku tidak dihargai, aku cuba dipermainkan..salahkah aku? Ya Allah, sesungguhnya rasa marah ini membuat aku menderita.
disebabkan marah, aku lihat dunia tidak begitu indah. bila marah, aku cuba mencari kesalahan orang lain. tidak pernah sekalipun aku mengakui kesalahan diriku. aku diuji Allah dengan dugaan, yang sebenarnya tidaklah sebesar mana. tidak sehebat dugaan yang diuji kepada saudara-saudara di palestin. tidak juga sebesar dugaan yang dihadapi para pejuang mujahidin di seluruh dunia. berbnding mereka, msalahku cuma remeh-temeh. tetapi dengan dugaan kecil itu, aku buatkan hidupku tidak menjadi indah. aku lemah Ya Allah.
Aku akui, aku seorang yang mementingkan perasaan orang lain lebih dari perasaanku..tetapi sifatku ini membunuh hidupku. aku ingin menjadi Muslim yang baik, yang mengutamakan keperluan saudaranya lebih dari dirinya. tetapi lagi aku cuba, lagi sakit hatiku, bagai tak tertanggung lagi. kerananya, aku buang masaku setiap malam. aku ingin berubah. perlukah aku berubah? dengan mementingkan diri, aku mungkin lebih gembira. mungkin lebih bahagia. tetapi benarkah? aku tak tahu.
aku ingin mengambil langkah pertama.aku ingin menikmati kehidupan aku sepuasnya, bersama orang yang memahami aku, menghargai aku. aku tidak perlukan orang yang ego di sisiku, aku tidak perlukan orang yang memntingkan diri di sisiku. semakin dewasa, aku perlu lebih matang. aku tahu kelemahan diriku, dan aku akan bebaskan diriku dari belenggu yang membuat hidupku sengsara selama ini. Ya Allah, bantulah aku.gembirakanlah aku, bahagiakanlah aku.
Amin