ok...sekarang masanya untuk aku coretkan kisah pengembaraan kami di bumi Mekah pula.
setelah bermiqat di Qarnul Manazil, kami mula memasuki kota mekah setelah mengharungi perjalanan selama kira-kira 45 minit. pada penglihatanku, kota Mekah kelihatannya lebih besar dan sibuk jika dibandingkan dengan kota Madinah. bangunan-bangunannya juga lebih besar, kenderaannya juga besar-besar. baru saja memasuki Mekah, sudah terpandang olehku 2 3 buah kereta Bentley dan Audi. hebat!
Qarnul Manazil
nabil juga berihram
pemandangan kota Mekah.maaf, Bentley xsempat aku snap
kami akhirnya tiba di hotel Al-Rayah, lebih kurang 100 meter dari Masjidil Haram. selepas pembahagian bilik, kami terus naik dan berehat, selepas diingatkan agar makan malam selepas solat maghrib nanti. pada mulanya aku, Akim dan Koe terpisah dari keluargaku yang lain. kami di bilik 307, abang Jat dan Kak Mas di 606, Ma, De, Tie, Ela pula di 909, adjie che yah dan nabil di 902. ketika itu Koe kurang sihat. dia juga berkongsi beg pakaian dengan ma. kedudukan bilik yang jauh itu sudah pasti menyukarkan. jadi Ma pun masuk dan berpindah ke bilik kami.
bilik 307
khemahku
syukur Ya Allah, aku kembali ke sini selepas 12 tahun. hotelku sekarang ini betul-betul di sebelah Hilton (dulunya aku menginap di Hilton). aku masih ingat jalan-jalan yang pernah aku lalui dahulu. dan semuanya kuceritakan kepada ma berulang-ulang. ma hanya tersenyum dan mengangguk.
solat pertama kami di masjidil haram ini adalah solat maghrib. kami hanya bersolat di dataran sahaja. selepas solat, kami pulang ke hotel dan makan malam. usai, kami kembali ke masjid, beramai-ramai dengan semua jemaah wira saujana kumpulan 32 diketuai ustaz suhaimi. kami solat isyak di dataran. sesudah selesai solat sunat, ustaz suhaimi memberikan taklimat ringkas, kerana kami akan mengerjakan umrah sebentar lagi. aku betul-betul tidak sabar untuk masuk dan memandang Kaabah.
aku memimpin ibuku. sebaik terpandang Kaabah, aku terdiam. aku berasa sangat syahdu, dan air mataku bergenang lagi. kulihat ibuku juga begitu. terus, kami menuju ke Kaabah untuk tawaf. ketika ini, aku memimpin ibuku, dan ibuku memimpin kak mas. Akim diberi peluang oleh Allah untuk menggandakan pahalanya, dengan membantu seorang nenek bertawaf. akim menolak kereta rodanya, dengan ditemani oleh menantu nenek itu. alhamdulillah, urusan tawaf kami dipermudahkan Allah. dalam masa 20 minit, kami pun selesai. kulihat masjid itu memang kelihatan agak lengang. sungguh-sungguhku bersyukur atas kurniaan ini.
selepas solat sunat tawaf di belakang maqam Ibrahim, kami mengerjakan saie pula. saie ini walaupun lengang, tetapi cukup banyak tenaga yang dicurahkan. jarak antara safa dan marwah agak jauh, mencecah 500 meter agakku. tetapi alhamdullilah, Allah turut mempermudahkan urusan kami. lebih kurang pukul 10.30 malam, kebanyakan kami selesai bertahalul, hanya tinggal aku, akim, adjie dan seorang teman syukri sahaja yang belum, kerana kami ingin bercukur di sebelah hotel.
ya, malam itu, pertama kali dalam hidupku, aku bercukur licin. aku kini botak!haha..seronok juga menjadi botak, ringin sekali kepala rasanya. pukul 12 malam, kami pun tidur.
inilah si botak itu
esoknya, kami memulakan kehidupan seawal pukul 5 pagi untuk bersolat subuh. sampai di masjid, aku lihat keliling Kaabah agak lengang. aku pula agak mengantuk. maka terus aku kerjakan tawaf, di mana aku sempat menyelesaikan tawaf sebelum solat dimulakan. dan tawaf di waktu subuh ini terus menjadi rutin harianku sepanjang aku di sini.
selepas solat subuh pertama
selepas solat, kami balik bersarapan. kaum wanita mula menjelajah kedai. tapi aku lebih senang tidur sahaja di bilik menanti zuhur. ketika ke masjid untuk solat zuhur, kami melintasi dataran burung. burung merpati di sini cukup banyak. dan ramai pula yang mengambil peluang menjual makanan merpati ini.
masjidil haram di waktu zuhur
burung merpati yang cukup banyak
meminum air zam-zam berlatarbelakangkan kaabah
kami hanya pulang ke hotel selepas solat maghrib, itupun untuk makan malam. selepas isyak, kami mula menjelajah sekitar masjid, dan pulang ke hotel dalam pukul 12 malam untuk tidur
selepas isyak
berkilat kepala Akim.hahah
masjidil haram di waktu malam
ma riang sepulang dari masjid
0 comments:
Post a Comment