3 hari kemudian, kami dibawa untuk berziarah ke tempat-tempat menarik dan bersejarah di sekitar kota mekah ini. rombongan kami berangkat selepas sarapan. tempat pertama yang dituju ialah Jabal Tsur, iaitu gunung yang menjadi tempat persembunyian Nabi Muhammad S.A.W dan Abu Bakar ketika mula-mula berhijrah ke madinah. diriwayatkan beberapa pemuda quraisy dapat mengesan jejak kami Baginda berdua, sehingga sampai ke pintu gua tempat persembunyian itu. tetapi Allah menyelamatkan kekasihNya dengan mengilhamkan kepada labah-labah dan burung agar membuat sarang di pintu masuk, bagi menunjukkan bahawa gua itu kosong dan tidak berpenghuni.
berlatarbelakangkan Jabal Tsur
bersama ustaz ahmad
kemudiannya, kami dibawa melawat ke padang arafah. di sini kami berhenti di jabal rahmah, di mana disinilah nabi adam bertemu kembali dengan hawa setelah 300 tahun terpisah. pada mulanya aku bercadang untuk mendaki bukit ini, tetapi akim pua mengajakku naik ATV. jadi hanya tie dan ela sahaja yang naik ke atas.
bermulanya Arafah
di hadapan jabal rahmah
ma di hadapan jabal rahmah
menaiki ATV
bersama unta
mengabdikan kenangan di Arafah
kami kemudiannya dibawa pula melawat ke mina dan mudalifah, juga ke jabal nur (di mana terletaknya Gua Hira'). di sini aku agak kecewa, kerana dalam kunjungan yang terdahulu, aku berhenti dan bergambar di ketiga-tiga jamrah. tetapi kali ini, kami hanya lalu sahaja. kesuntukan masa katanya. dan seterusnya, kami terus pulang ke hotel dan bersedia untuk solat zohor di masjidil haram.
Jabal nur di belakang deretan kedai
khemah di muzdalifah
mina
petangnya selepas asar, sekali lagi kami dibawa berziarah. kali ini kami dibawa ke muzium yang memaparkan kisah-kisah 2 masjid suci (masjidil haram dan masjid nabawi). kami selepas itu ke ladang unta, dan aku berpeluang untuk minum susu unta yang sangat segar (baru sahaja diperah!) susu unta itu sangat sedap, dan tidak berbau. mengikut ustaz suhaimi, susu unta mampu membunuh kuman-kuman di dalam badan dengan cepat. tetapi kesegarannya hanya mampu bertahan sehingga 3 jam sahaja.
Al-quran pertama yang dipamerkan di dalam muzium
telaga zam-zam
di dalam muzium
bersama susu unta yang baru diperah
bergambar di ladang unta
pemandangan senja di ladang unta
kami kemudiannya ke ja'ranah untuk solat maghrib dan juga bermiqat (bagi yang ingin mengerjakan umrah). kami tiba di masjidil haram sebelum solat isyak. selepas makan malam dan solat isyak, aku, adjie dan akim mengerjakan umrah. alhamdulillah kami selesai kira-kira jam 9 malam.
0 comments:
Post a Comment