Jan 28, 2010

dugaan oh dugaan

bukan namanya manusia jika kita tidak diuji.kn? dan hari ini aku diuji lagi. buku lali kaki kiriku membengkak, menyebabkan kepayahan untuk solat dan berjalan, akibat salah landing sewaktu bermain badminton isnin lalu. yg hebatnye, aku xberase sakit langsung ketika itu, cuma ketika aku bgn tidur keesokan harinya barulah terasa.


apapun dengan kuasa Allah, aku yakin aku akan sembuh seperti biasa dalam sehari dua lagi. aku sudah pun berusaha, ke klinik, mengurut, jadi skrg aku tawakal shaja.

hari ini, ada beberapa perkara berlaku yg agak menguji aku. antaranya, karenah dari TM. kontrak aku bersama TM hampir tamat, jadi sudah lumrah dunia, manusia sentiasa ingin menindas yang lain. sehabis daya aku ingin disingkirkan supaya dapat mereka masukkan org2 mereka pula. padahal, bersama aku, TMTC telah kembali menjadi tumpuan. tiba-tiba sahaja, semua kerjaku teruk di mata mereka, pelbagai aduan dibuat, hal kecil juga diheret menjadi besar, seolah-olah di dalam dunia ini, akulah kontraktor TM yang paling teruk. kawan tiba2 menjadi musuh dalam selimut..aku ditekan dari pelbagai penjuru. akan mengalahkah aku? ah tidak! lawan tetap lawan!

selain itu, GVI juga masih belum dapat apa2 projek. sedangkan inilah yang menjadi harapanku untuk peningkatan karier dan hidupku. di UKE, aku dah mencapai tahap tertinggi yang boleh dicapai oleh seorang pekerja. aku 2nd boss! atasku cumalah big boss. mustahilla aku akn menjadi big boss kn? tambahan pula sebarang hala tuju syarikat telah ditentukan sebelum ini. aku hanya meneruskannya sahaja. tapi di GVI, aku director. aku bertanggungjawab memberi direction syarikat. oleh itu aku sgt2 berharap GVI akan berjaya, insya Allah.

tetapi this is life. sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorg diluar kemampuannya..lebih berat ujian, lebih hebat kita di sisi Allah...

Ya Allah, berilah jalan keluar dari segala masalah yang Kau timpakan kepadaku. jangn bebani aku dengan dugaan yg xmampu aku terima..sesungguhnya aku adalh orang-orang yang menzalimi diriku sendiri..amin

Kehidupan (in-team feat nazrey johani)

0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian