Jan 12, 2010

umrah dan ziarah (di madinah)

alhamdulillah...dengan kuasa Allah aku dan keluarga telah pun selamat kembali ke tanah air setelah menunaikan umrah bermula 24-12-2009 hingga 6-1-2010. sebenarnya jadual asal adalah bermula 17-12-2009 hingga 29-12-2009, tetapi che yah (mak saudara) tidak mendapat kelulusan visa. tetapi alhamdulillah, berkat kuasa dan izinnya, kami berjaya juga berangkat untuk menjadi tetamuNya...syukur ya Allah.


kami berangkat ke madinah dengan saudi sv8338 yang berlepas dari klia pada pukul 3.30 pagi (sepatutnya 2.30 pagi, tetapi delay) dan tiba di madinah pada kira-kira pukul 8 pagi waktu tempatan. suhu sangat sejuk, mencecah 10 darjah..sebaik selesai segala urusan imigresen dan mengambil bagasi, kami disambut oleh petugas wira saujana syed lokman dan pembantunya untuk dibawa ke jawharat al-fayroz hotel,kira-kira 200meter dari masjid nabawi.

alhamdulillah, kami mengerjakan solat berjamaah pertama kami di masjidil nabawi pada zohor itu, pada pukul lebih kurang 12.22 tengahari. pulang ke hotel, makan tengahari sudah pun menunggu..wah...makanan di sini semuanya sedap-sedap...tukang masak dari kedah katanya.

pada awalnya, aku ditempatkan sebilik dengan 9 orang ahli keluargaku yang lain (kecuali kak mas dan abang jat) di sebuah suite di tingkat 1 (bilik 101).tetapi kemudiannya ada kekosongan di tingkat teratas; tingkat 14, maka kami(aku, ma, akim dan koe) pun berpindah ke bilik 1403 itu.aku memang agak keberatan pada awalnya, kerana ketika itu hotel sedang dipenuhi oleh para jemaah haji yang belum pulang terutamanya dari indonesia, sudah tentu sesak lif nanti. tetapi untuk keselesaan ma, aku turutkan juga.

pada hari pertama, kami hanya menghabiskan masa di masjid nabi, dan berjalan di sekitar masjid dan hotel sahaja.

pada hari kedua, selepas sembahyang subuh dan bersarapan, semua jemaah dibawa melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar madinah, antaranya masjid quba', jabal uhud, masjid qiblatain, masjid tujuh dan ladang kurma.

di masjid quba' - ada hadis mengatakan sekiranya kamu mengerjakan solat sunat 2 rakaat dengan wudhu' yang diambil di rumah, maka pahalanya adalah seperti orang mengerjakan umrah.

di jabal uhud - tempat meletusnya peperanagn uhud, dan juga di sini terletaknya makam para syuhada uhud seperti paman nabi, saidina hamzah abdul mutallib juga dikenali sebagai penghulu segala syuhada, mus'ab ibnu umair, abdullah ibnu jahsy dan ramai lagi

ladang kurma - mari membeli-belah

atas kesuntukan masa, kami tidak sempat berhenti di masjid qiblatain. ketika ini madinah adalah dalam musim sejuk, maka kualiti kurma juga kurang segar. maka kami tidaklah membeli terlalu banyak kurma untuk dibawa pulang.

0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian