Pada malam kedua di madinah, telah diadakan ziarah masjid, di mana mutawwif telah membawa kami (lelaki dan perempuan berasingan) untuk berziarah kepada Rasullullah dan dua sahabat agungnya; Abu Bakar as-siddiq dan Umar ibnu Al-Khattab. sebaik terpandang kamar yang menempatkan jenazah Rasulullah dan sahabat-sahabatnya, kami memberi salam dan berdoa. kala ini, tanpa aku sedari, air mataku menitis. sungguh hebat suasana di sini, sehingga bagaikan jelas terpampang di mataku perjuangan Rasullullah dan para sahabat dahulu. setelah agak lama berdoa, kami terpaksa berundur setelah diasak oleh orang-orang Arab dan Pakistan yang sememangnya agak kasar.
berundur dari makam nabi, kami mengintai peluang untuk bersolat di Raudhah, salah satu tempat mustajab doa. keadaan di sini sangat sesak, dan kelihatan mustahil untuk aku membawa kedua-dua adikku masuk. tetapi alhamdulillah, doa kami dimakbulkan. aku, abang Jatt, adjie, Akim dan Koe berjaya masuk, bersolat dan berdoa di Raudhah, walaupun dalam keadaan yang agak kurang selesa.
pulang dari masjid, kami (aku, koe dan akim) menunggu ma yang belum pulang dari ziarah bersama-sama jemaah wanita. keletihan, koe langsung terlena di lobi, maka aku meminta akim membawanya naik, sedangkan aku terus menunggu ma. sepanjang penantian, aku berjalan-jalan di luar hotel. Ya Allah, sejuknya! suhu tidak silap aku mencecah 10 darjah, dan aku pula hanya berbaju melayu. Kesejukan, aku kembali ke lobi hotel, dan terus tertidur, sehinggalah dikejutkan adikku yang kononnya nak ambil giliran menunggu ma pulang. aku pun apa lagi, terus naik dan tidur.
hari ketiga, kami akan berangkat ke Taif selepas sarapan. maka pagi itu selepas subuh, kami sekali lagi melawat makam nabi untuk melakukan ziarah wida'. sedih hatiku ketika ini tidak terkira, apa lagi aku diminta mengetuai bacaan doa kami.menghayati makna doa yang diucapkan itu, begitu menghiris hatiku. Ya Allah, janganlah kau jadikan ziarah ini yang tyerakhir bagiku..itu pintaku berulang-ulang. di waktu ini, jemaah haji yang belum pulang mula memenuhi madinah.sehingga masjid menjadi sangat sesak.
sesudah sarapan, kami menaiki bas yang membawa kami ke Taif. sedihnya aku ketika meninggalkan madinah. terlalu singkat masa kami di sini, hanya 3 hari 2 malam. jika diizinkan Allah, aku berazam kembali lagi membawa ibu dan isteriku (hehehehe) ke sini dalam masa 5 tahun lagi, insya Allah
di hadapan hotel, bersama rakan jemaah hakim dari kemaman
bergambar kenangan bersama syed lokman
kami sebelum menaiki bas
di dalam bas bersama hakim (seat paling depan)
perjalanan ke Taif ini mengambil masa selama 6 jam. perjalanan sepanjang lebuhraya agak membosankan, hanya padang pasir dan gunung-gunung batu yang menghiasi pemandangan. kami berhenti sebentar di R&R untuk ke tandas, dan keadaan di sini agak menyedihkan. oh ya, hidangan tengahari disediakan di dalam bas.
pemandangan sepanjang jalan
R&R
mula memasuki bandar taif
sebaik tiba di taif, berlaku perkara yang sedikit mendukacitakan. rupanya bukan sahaja pemandu bas dan mutawwif kami, malah muasasah yang menyertai rombongan ini juga tidak fasih jalan di Taif ini. kami yang belum menunaikan solat zohor dan asar, mula berasa agak marah dan kurang selesa, maklumlah badan letih selepas mengharungi perjalanan yang jauh.
selepas 2 jam berlegar-legar, akhirnya kami tiba di hotel penginapan kami, sebuah hotel mewah bernama Grand Bahadur. pada awalnya kami dijadualkan menginap di Casablanca hotel, tetapi tiba-tiba sahaja bertukar ke hotel ini. mungkin pihak agensi ingin mengambil hati kami dengan memberikan hotel mewah selepas beberapa masalah yang timbul sebelumnya. agaknyalah.
sampai di hotel, berlarian kami menuju ke musalla untuk solat jamak asar dan zuhur. alhamdulillah, sebaik sahaja aku memberi salam. azan maghrib pun kedengaran. nasib baik.
driver yang sempat posing walaupun tengah sesat
di lobi Grand Bahadur
di bilik 122
The Grand Bahadur
makan malam dihidangkan pada pukul 10 malam. ramai jemaah yang marah. maklumlah, keletihan dan kelaparan. kasihan pula aku melihat ustaz suhaimi (mutawwif) yang menjadi mangsa amarah itu. bukan salahnya. apapun selepas makan, aku terus tertidur. niatku ingin menjelajah pada malam itu terbantut begitu sahaja.
0 comments:
Post a Comment