selepas 10 hari mekah, kami pulang ke malaysia dari jeddah. kami berangkat ke jeddah sebaik selesai tawaf wida' yang kami sempurnakan sesudah solat zuhur. di jeddah, kami singgah di masjid ar-rahmah, yang dijuga dikenali sebagai masjid terapung. (bagiku masjid ini hanya separuh terapung, lagi gah masjid tengku tengah zaharah di kampungku.) dan penerbangan pulang kami adalah pada pukul 10.30 malam.
di masjidil rahmah, jeddah
kami berada di arab saudi dari 24hb 12 2009 sehinggalah 6hb 1 2010. banyak kenangan yang telah di bawa pulang. padaku, ini merupakan antara kenangan terindah dalam hidupku. mendekatkan diri pada Allah bersama semua ahli keluargaku. sungguhku bersyukur dengan kurniaanNya ini.
kami berada di arab saudi dari 24hb 12 2009 sehinggalah 6hb 1 2010. banyak kenangan yang telah di bawa pulang. padaku, ini merupakan antara kenangan terindah dalam hidupku. mendekatkan diri pada Allah bersama semua ahli keluargaku. sungguhku bersyukur dengan kurniaanNya ini.
Di Madinah
kami kesuntukan masa. 3 hari 2 malam ternyata tidak mencukupi untuk kami menikmati kehidupan di kota Nabi ini. dari pengamatanku, aku percaya kita rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan kekayaan dan kesenangan hidup yang kita nikmati. aku lihat, jemaah haji dari Indonesia yang kebetulannya sama hotel denganku. pagi petang siang malam, makanan mereka hanyalah roti sahaja. sedangkan kami sentiasa menikmati makanan-makanan yang lazat dan berkhasiat yang pelbagai jenis, termasuk nasi beriani dan sup ekor.
Di Mekah
di sebelah hotel kami, ada tempat menjual ais-krim. apa lagi, keluargaku menjadi pelanggan tetap di sini. ais-krimnya agak berbeza dari malaysia. di sini lebih sedap. selain aiskrim, burger di sini juga besar-besar.
di mekah ini terkenal dengan nasi mandy. jadi, kami sekeluarga pergi ke restoran yang bernama Mat'am as-Safa, dipandu oleh ustaz suhaimi dan ustaz ahmad. fuh...memang best!kambingnya jauh berbeza dari kambing di malaysia ini. tak silap, di sini, kambing seawal usia 4 bulan sudahpun disembelih.kali ke2 ke restoran ini, dengan kuasa Allah, aku terserempak dengan keluarga kawan sekolahku dulu azlina. azlina tiada di situ, tetapi aku baik juga dengan keluarganya. sungguh aku terkejut. bayangkan beribu batu dari tanah air, dalam berbilion manusia di dunia ini, Tuhan takdirkan kami bertemu di sebuah restoran di arab saudi. kalau di masjidil haram lain pula ceritanya.
hari jumaat di sini sangat agung suasananya. jemaah dengan sekelip mata menjadi sangat ramai. masjid yang pada mulanya lengang terus menjadi sesak.
alhamdulillah dengan kuasa dan izin Allah, aku dan akim berjaya menunaikan sebanyak 7 kali
umrah. aku berdoa semoga kami dikurniakan umrah yang mabrur insya allah. amin
bermiqat di Taneem
ketika saie
aku cukup gembira kerana impian ma untuk datang menyempurnakan umrah telah tertunai
ma di hadapan kaabah
dengan izin Allah, aku berasakan tubuh badanku semakin sihat. banyak toksik-toksik sudah dikeluarkan, mungkin dengan khasiat air zam-zam yang banyak diminum di sini.
meminum air zam-zam
pada suatu pagi selepas subuh, ketika aku sedang berdiri di hadapan kaabah berdoa, aku ternampak ada seorang lelaki kelihatan seperti sedang tidur, betul-betul di hadapan rukun yamani. ada seorang arab yang memangku kepalanya. aku terus mendapatkannya. kulihat yang berbaring itu tersenyum, walaupun matanya terpejam rapat. aku cuba bertanya kepada yang memangku kepalanya, malangnya aku gagal memahami apa yang cuba disampaikannya. aku tunduk, dan memeriksa nadinya. aku terkejut, kerana aku gagal mengesan nadinya. begitu juga, nafasnya juga tiada. aku bangun, dan mendapatkan polis yang berada di situ. ketika itu, para jemaah mula mengelilingi mangsa itu. polis pun terus mengusungnya keluar dari masjid.
pada zohornya, aku dapat tahu lelaki itu telah meninggal dunia. innalillah..ya Allah, alangkah indahnya matinya!dalam keadaan tersenyum, betul-betul dihadapan kaabah pula! walaupun fizikalnya kelihatan seperti seorang pengemis, tetapi aku yakin kedudukannya tentu tinggi di sisi Allah. masih terbayang di mataku senyumannya itu..Ya Allah, tempatkanlah kami semua di tempat yang Engkau redhai di sisiMu. amin.
0 comments:
Post a Comment