Jan 24, 2010

cinta..?

siang tadi aku main futsal, lawan budak2 udm (membe akim)..pergh, teruk pulok aku kene kali ni..huhuhu...tapi takpe, insya Allah akan direpeat suatu hari nnti.


ok, pada malam sebelumnya, aku berjumpa seorang teman. die kelihatan sangat murung. dia ajak aku lepak2, minum air di bistro. borak punya borak, dia pun bercerita la tentang masalah dia sekarang. besela remaja, confirm masalah cinta punya. tapi agak berat la masalah die, tak dapatlah aku ceritakan di sini.

cume slps itu aku berfikir, hampir semua remaja pasti berdepan masalah ini. xcaye? cube tengok status kt facebook, friendster. berapa ramai yang kate its complicated? (termasuklah aku..hahaha)..aku kadang-kadang jeles pada 2 3 orang sahabat yang bercinta selepas kahwin..betapa bertuahnya mereka..

apa itu cinta?berapa ramai yang sesat dan buta dalam bercinta, sehingga sanggup menggadai maruah? cintakah itu? absolutely not.. golongan-golongan yang buta inilah yang mencemarkan masyarakat. terlanjur, then mereka tinggalkan kekasih itu begitu sahaja.nah, siapa pula yang akan menjaga kekasih itu? pernah dalam perbincangan tak rasmi bersama teman-teman GPMS, terkeluar isu ini. ada yg melontarkan soalan maut; perempuan-perempuan yang terlanjur dan ditinggalkan ini, wajarkah dijaga? ramai yang berkata sudah pasti wajar. lalu keluarlah soalan yang lebih maut, sanggupkah kamu jaga? errr....

kesimpulannya, bercintalah kerana Allah. aku pun bukan pandai sangat dalam hal-hal begini, sebab itu aku ramai penasihat.hehehe..but obviously, cinta di zaman remaja ini amat merbahaya. banyak dugaan dan cabaran. salah langkah, sukar mancari jalan pulang. jadi kalau ada kemampuan kahwinlah cepat2...siapa pun kekasih, padaku tak penting. yang penting, buat istikharah. kalau Allah takdirkan si dia untuk kita, kahwin jela. kan kan? ;p

0 comments:

Post a Comment

Ads

Shamsian